carrot cup cake utk shah.. 9 bijik sumanya..
Niat di hati nak p melawat shah kat IJN tercapai.. alhamdulillah... dapat jgk menjenguk kawan yang sedang sakit dan menunaikan hasrat dia nak mkn carrot cake yg aku buat.. lepas dapat tau dari kawan2 yg shah teringin nak makan carrot cake yg aku buat, aku terus rasa xsedap hati dan tersentuh sgt.. so disebabkan aku nk p shah alam n terus p melaka sebab adik aku convo, so aku pun buat carrot cake kat dia.. and on friday, aku p melawat dia di IJN dengan family aku..
masa 1st tgk dia mmg rasa sayu ja.. nmpak dia kurus n pucat. on that day, dia demam.. sian sgt.. walaupun dia stay bleh bagun n jalan, tapi aku tau hati dia mmg xtenang.. harap2 dia tabah dengan ujian Allah.. aku mmg xtau nak sembang apa ngn dia sebab takut patah kata yang keluar dari mulut aku nanti membuat dia tersinggung.. nasib baik abah ada dan bijak menyusun kata.. dia cerita kat abah mcm mn doc bleh detect dia ada tumor kat jantung.. aku perasan ada getaran setiap butir bicara dia...
lps dapat tau dia ada tumor dlm jantung, doc dapat kesan ada kuman dalam darah dan kuman tu yg membuatkan demam dia xkebah2.. so stiap hari dia kena cucuk utk mencairkan darah dalam badan.. sangat besar ujian yang Allah bagi untuk dia..
sebelum balik, aku sempat suruh dia kuat semangat.. aku jgk igtkan dia bahawa aku dan kawan2 sentiasa mendoakan yang terbaik utk dia.. semoga dia dipermudahkan dalam setiap ujian yang telah tertulis untuk dia.. paling aku sedih bila dia kata "doakan supaya keputusan ujian darah yang ke2 nnt +ve"... sedih sgt.. dan abah sempat juga menggosok dan menepuk-nepuk belakang dia and suruh dia kuat semangat. abah kata orang muda perlu kuat semngat dan kena sentiasa berfikiran +ve.. nasib baik abah p jgk.. tq abah n mak yang sudi teman hanim..
rasanya dalam 15 minit aku melawat shah.. bila aku sampai di lobi b4 balik, aku msj dia n say sorry kalau kek yang aku buat tu xmenepati selera dia.. tapi dengan segera dia jawab "sedaplah kek ni.. aku terus mkn lepas hg keluar bilik tadi".. lega rasanya.. aku harap kek tu dapat membuka selera makan dia yg dah tertutup sedikit huhu... Semoga dia sembuh seperti sediakala.. aminn...
semoga kawan hang cepat sembuh...sedey siot aku baca...
ReplyDeletemmg sedeh..smoga Allah permudahkan segalanya untuk dia..amin..
ReplyDelete