02 November, 2009 00:26 AM
Beregu Remaja Negara Muncul Juara Dunia
ALOR SETAR, 2 Nov (Bernama) -- Pasangan beregu lelaki negara, Chooi Kah Ming-Ow Yao Han memastikan lagu Negaraku berkumandang di Stadium Tertutup Sultan Abdul Halim di sini Ahad malam selepas merangkul kejuaraan pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia.
Beregu negara yang turun selaku pilihan 3/4 kejohanan sebelum itu dicabar hebat oleh pasangan Indonesia, Berry Anggriawan-Muhammad Ulinnuha yang menyaksikan perlawanan berlarutan sehingga set penentuan sebelum mencatat kemenangan 19-21, 21-12 dan 23-21 dalam masa 55 minit untuk menjulang Piala Bimantara selaku juara.
"Pada permainan terakhir, kami ketinggalan 16-20, tapi kami tetap tidak mahu mengalah dan terus bermain seperti biasa.
"Kejayaan ini cukup manis kerana merupakan kejohanan remaja yang terakhir bagi saya," kata Kah Ming selepas perlawanan.
Bagi Yao Han pula, kejayaan itu sangat bermakna apabila diraih di hadapan penonton sendiri.
"Tapi untuk kejohanan akan datang saya terpaksa bermain dengan pasangan baru kerana Kah Ming sudah melebihi had umur," katanya.
Sementara itu, harapan untuk melihat perseorangan lelaki, Iskandar Zulkarnain Zainuddin menjulang kejuaraan tidak kesampaian apabila beliau ditewaskan dalam straight set oleh pilihan utama kejohanan dari China, Tian Houwei dengan 12-21 dan 17-21 dalam tempoh 33 minit.
Dalam pada itu, Thailand yang menduduki tempat ketiga dalam acara berpasukan, membuat kejutan apabila meraih dua pingat emas, masing-masing menerusi acara beregu campuran dan juga perseorangan wanita.
Gandingan Maneepong Jongjit-Rodjana Chuthabunditkul yang juga pilihan 3/4 ditabalkan juara setelah menundukkan kombinasi Indonesia, Angga Pratama-Della Destiara Haris 21-19, 14-21 dan 21-17 dalam tempoh 37 minit.
Kehebatan pemain muda negara itu diteruskan lagi apabila perseorangan perempuannya bertemu sesama sendiri dalam final yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Intanon Ratchanok yang menewaskan Porntip Buranaprasertsuk 21-15,21-23 dan 21-10 dalam masa 49 minit.
China turut meraih satu lagi gelaran menerusi acara beregu perempuan yang menyaksikan pilihan utama kejohanan, Tang Jinhua-Xia Huan menundukkan beregu Indonesia, Suci Rizki Andini-Tiara Rosalia Nuraidah dengan straight set 21-9 dan 21-18 dalam tempoh 29 minit.
Sementara itu, pengurus pasukan Malaysia Hou Kim Tho berkata, kejayaan meraih satu emas dan satu perak adalah keputusan yang membanggakan kerana saingan yang sangat mencabar.
"Keputusan ini adalah membanggakan dan pemain-pemain seperti Iskandar, Kah Ming dan Tee Jing Yi merupakan aset sukan badminton negara pada masa hadapan," katanya yang turut memberitahu bahawa ketiga-tiga pemain itu akan diserapkan ke skuad pelapis kebangsaan kerana sudah tidak boleh bertanding lagi untuk kategori remaja.
Keputusan Akhir:
Beregu Campuran:
Maneepong Jongjit-Rodjana Chuthabunditkul (THA) mn Angga Pratama-Della Destiara Haris (INA) 21-19, 14-21, dan 21-17.
Perseorangan perempuan:
Intanon Ratchanok (THA) mn Porntip Buranaprasertsuk (THA) 21-15, 21-23 dan 21-10.
Perseorangan lelaki:
Tian Houwei (CHN) mn Iskandar Zulkarnain Zainuddin (MAS) 21-12 dan 21-17.
Beregu perempuan:
Tang Jinhua-Xia Huan (CHN) mn Suci Rizki Andini-Tiara Rosalia Nuraidah (INA) 21-9 dan 21-18.
Beregu lelaki:
Chooi Kah Ming-Ow Yao Han (MAS) mn Berry Anggriawan-Muhammad Ulinnuha (INA) 19-21, 21-12 dan 23-21.
-- BERNAMA

Rooney, Tan n his fren (China Press) n me after final tournament

Berposing di pentas juara hahaha...

With Ow Yao Han n Bimantara Cup..Berat ooo..

With Iskandar Zulkarnain Zainuddin

Kami bertiga..

With Chooi Kah Ming n Ow Yao Han (Juara Remaja Dunia)


Sepanjang minggu lepas aku memang sibuk. Tido pun tak cukup. Setiap hari balik malam ja. Start 23/10 hingga 1/11 ada Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2009 di Stadium Sultan Abdul Halim. So, sebagai seorang wartawan yang masih dan sedang belajar, aku tak lepaskan peluang yang datang ni. Ini adalah pengalaman yang mungkin tak dapat aku lupakan. Walaupun penat, aku tetap enjoy.
Kat sini aku jumpa ramai orang dari pelbagai negara. This is 1st time aku tengok live world tournament. Sebelum ni tengok kat tv ja. Thanks kpd bos aku yang bagi kepercayaan kpd aku and member aku utk cover this tournament walaupun baru dua bulan aku keja kat Bernama Kedah.
Apa yang menggembirakan lagi, beregu lelaki remaja negara muncul juara dunia. Congratulation to Chooi Kah Ming and Ow Yao Han. Tahniah juga kpd perseorangan lelaki, Iskandar Zulkarnaian kerana mendapar tempat ke2. Pasukan Malaysia juga muncul naib johan acara berpasukan..Hidup Malaysia.. Malaysia Boleh!!!